YG SYG AKU!~

Monday, 24 September 2012

Rahsia Hati

like kalau suka ^_^ First thing first...
 Assalamualaikum..

Ku gagahi juga jejari ku untuk menaip entri tentang hidup. Aku terbayang masa hadapan ku yang mungkin cerah atau mungkin gelap. Aku baru mengerti kenapa dalam hidup ini kita harus sentiasa selalu berjaga-jaga. Tidak semua orang yang boleh kita percayakan dan tidak semua benda akan terjadi seperti apa yang kita rancang. Hidup ini seperti sebuah roda yang berputar tiada hentinya. Ibaratnya manusia adalah roda yang dapat menentukan jalannya sendiri. Kita bukan bergantung harap terhadap orang lain, yang menentukannya adalah diri kita sendiri dan juga yang berada di ATAS kita.

 Masalah yang kita sentiasa harungi setiap saat dan detik adalah peluang untuk kita mendewasakan serta mematangkan fikiran kita. Ianya bukan boleh didapati di mana-mana kedai yang berdekatan dengan rumah kita kerana ia nya adalah lumrah semulajadi dalam hidup kita sendiri. Tidak semua orang hidupnya senang dan orang yang senang itu juga datangnya dari kesusahan yang dia alami. Tidak semua apa yang kita hajati akan dimakbulkan kecuali berusaha serta tawakal yang harus kita jalani.

Hidup yang penuh dengan dugaan dan dihadapi dengan tabah dan sabar akan didatangi dengan sejuta hikmah di sebaliknya. Kita tidak tahu apa yang akan bakal kita hadapi pada esok hari tetapi kita lah yang merancang kesemuanya dan Allah s.w.t yang menentukannya. 

Aku sendiri yang pernah merasakan kosong dalam hidup ini.(macam lagu najwa letop)! Aku selalu di pinggirkan, aku selalu disakiti, aku selalu dimarahi, aku selalu di maki hamun dan diherdik. u know that what comes around goes around right? Ianya, akan berlaku juga pada orang yang tidak menghargai diri kita. Sebelum kita bertindak seharusnya langkah pertama yang diambil adalah berfikir menggunakan otak. Otak berfungsi untuk kita berfikir dan bukannya bertindak secara spontan. Banyak padahnya kalau kita berfikir menggunakan siku.^-^

Cinta? let's talk about it. Kita dengar tentang word itu sememangnya indah tetapi ia mempunyai makna yang amat mendalam bagi sesetengah manusia. Cinta bukannya hanya 1 jenis sahaja tetapi ia boleh diketegorikan kepada: ~ CINTA KEPADA RASUL, NABI, KITAB AL-QURAN, and most important thing CINTA KEPADA ALLAH yang menciptakan kita. Cinta terhadap manusia juga adalah lumrah semulajadi kita. Cinta bukan setakat 'I love u' sahaja tetapi ia dizahirkan dengan perbuatan dan pengorbanan kita dalam menjalani sesebuah ikatan. Percayalah, Cinta terhadap ALLAH s.w.t adalah lebih indah daripada Cinta sesama manusia. (tapi aku cintakan future husband ku juga) ngee~

Motif aku menaip entri nie sebab aku merasakan yang hidup ini memang indah dan patut kita hargai. Tetapi ingat, kita sentiasa dikelilingi dengan manusia yang bertopengkan syaiiiiitoooooooooooon! Jadi berwaspadalah kita menjauhinya dan mencari keredhaan dari yang ESA~ 

Sekian...

By finger me:
Atikah Aziz~







Ringankan Jari Anda untuk Komen

Monday, 17 September 2012

So much miss them~

like kalau suka ^_^ Assalamualaikum u'alls..

I'm come back again~.~
  Lama dah aku tak merepek dalam blog nie taw. Rasanya adalah dalam beberapa bulan aku tak update. Ni kali lah baru aku rasa ada mood maw update. Sekarang dah masuk 3bulan lebih aku praktikal di Jabatan perhutanan Daerah Lahad Datu. Daerah aku sendiri pulak tu. Langsung tak mencabar lah praktikal kali ni. hehe..tapi yang pasti aku dapat berkenalan dengan ramai orang di tempat praktikal. Seminggu jak aku lapor diri kat pejabat aku dapat seorang lagi kawan baru dari UITM Jengkah, Pahang. Dia ni asal LD jugak tapi stay di Felda. Kami nie memang pasangan yang kamceng lah. tapi dia setakat 2bulan jak praktikal, aku nie yang merana praktikal sampai 6bulan. entah apa-apa entah aku maw merepek dalam report n presentation aku nanti. 
  Dalam masa yang sama juga, aku rindu nak hangout dengan gegadis2 poli ku yang sekarang praktikal di Kk, Sukau, Kuching, dan Labuan..hurmmm..sure bila dah balik poli nanti dorang semua mesti dah naek tembam. tengok jak rupa masing2 di Fb suma dah tembam2 belaka.-.- Aku sorang jak nie yang menten kering kat Ld. tapi aku bahagia sebab ada family n orang tercinta di Ld..huhu..>.<
  



rindu sama anak buahku yang paling najal..-.-!



close cuzzen ku yang tengah sambung degree di Uitm Shah alam~


miss my crazymate at Politeknik~ dorang tak rindu aku pown =.=!







Ringankan Jari Anda untuk Komen